COVID-19: 4,896 kes baharu, 17 kematian dalam tempoh 24 jam

Eton Khir
Disember 4, 2021 07:52 MYT
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,654,474 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 4,896 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,654,474 kes.
Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 17 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 30,538 individu.
Jumlah itu juga termasuk empat kes 'brought in dead' (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Pada 4 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,896 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,654,474 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Dr Noor Hisham, setakat ini 490 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 269 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 4,676 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,561,230.
Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.4 peratus atau 4,817 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.
Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.6 peratus atau bersamaan 79 kes.
Dalam pada itu, empat kluster baharu turut dikesan dengan 227 kluster masih lagi aktif sementara 5,742 kluster telah diisytiharkan tamat.
#COVID-19 #Noor Hisham Abdullah #Malaysia