KUALA LUMPUR: Seramai 413,255 individu di negara ini telah menerima suntikan vaksin setakat semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang memasuki hari ke-25 pelaksanaannya sejak dimulakan pada 23 Feb lepas.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini, berkata daripada jumlah itu, seramai 402,650 individu menerima suntikan dos pertama manakala 10,605 individu telah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin tersebut.
Tiga negeri mencatat jumlah tertinggi individu yang telah menerima dos pertama vaksin tersebut iaitu Selangor (52,971), Perak (48,136) dan Sabah (40,134).
Ini diikuti Kuala Lumpur (35,751); Sarawak (33,788); Pahang (30,320); Johor (29,238); Pulau Pinang (26,879); Kedah (26,265); Kelantan (18,977); Negeri Sembilan (17,279); Terengganu (15,726); Melaka (10,716); Perlis (9,526); Putrajaya (4,601) dan Labuan (2,343).
Bagi individu yang telah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin berkenaan pula, Sarawak merupakan negeri yang merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 4,848 individu, diikuti Pahang (2,549); Perak (713); Sabah (591); Kuala Lumpur (565); Selangor (369) dan Pulau Pinang (328).
Melaka (187); Perlis (156); Labuan (127); Putrajaya (85); Johor (74); Kedah dan Terengganu, masing-masing enam, Kelantan (1) dan tiada penerima yang telah melengkapkan kedua-dua suntikan tersebut di Negeri Sembilan setakat ini.
Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini akan melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.
Program akan diteruskan bagi fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, selain orang kurang upaya.
Sementara fasa ketiga yang dijadualkan bermula Mei hingga Februari 2022 adalah untuk kumpulan individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 21 2021
Tiga negeri mencatat jumlah tertinggi individu yang telah menerima dos pertama vaksin tersebut iaitu Selangor (52,971), Perak (48,136) dan Sabah (40,134). - Gambar fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AstraZeneca berjaya batalkan saman 12 individu berhubung isu suntikan vaksin COVID-19
Hakim Mahkamah Tinggi Dr Suzana Muhamad Said membenarkan permohonan Astrazeneca untuk membatalkan saman itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
JKNK sasar lebih 50,000 kanak-kanak terima suntikan vaksin pneumokokal
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menyasarkan lebih 50,000 kanak-kanak di negeri ini yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 menerima suntikan vaksin pneumokokal secara percuma.
1,142,104 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
47.7 peratus daripada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Lebih 2.8 juta remaja di Malaysia lengkap vaksinasi
Sejumlah 22,951,201 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka.
Lebih 400,000 populasi kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19
Sejumlah 13,924,411 atau 59.2 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19.
Vaksin COVID-19: 10.257 bilion dos didaftarkan seluruh dunia
China mendahului dengan lebih tiga bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Itali mansuh arahan pelitup muka di luar rumah
Arahan pemakaian pelitup muka masih terpakai di tempat awam yang tertutup dan dalam pengangkutan awam.
Vaksin COVID-19: 10.11 bilion dos didaftarkan seluruh dunia
China mendahului dengan lebih tiga bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Vaksin COVID-19: 10.04 bilion dos didaftarkan seluruh dunia
China mendahului dengan lebih tiga bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Vaksin COVID-19: 10.02 bilion dos didaftarkan seluruh dunia
China mendahului dengan lebih 3 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.