KUALA LUMPUR: Untuk 10 hari berturut-turut, jangkitan baharu COVID-19 terus turun dan kekal di bawah 1,000 kes.

Semalam, jumlah kes turun lagi ke angka 423 berbanding 480 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.

Portal KKMNOW turut maklumkan enam kematian dilapor berkaitan dengan COVID.19.

Satu daripada kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau BID dicatatkan pada Selasa.

Sementara itu, kes aktif pada Selasa juga terus turun ke 13,401 berbanding 13,818 kes direkodkan hari sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 12,672 kes atau 94.6  peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 686 pesakit mendapat rawatan di hospital.

43 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 19 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 834 kes sembuh.