COVID-19: 49 kes direkodkan di Sabah sehingga Ahad

Radhi Muslim
Mac 15, 2020 13:22 MYT
Sebanyak 49 kes positif jangkitan wabak COVID-19 direkodkan di Sabah sehingga Ahad.
Sebanyak 49 kes positif jangkitan wabak COVID-19 direkodkan di Sabah sehingga Ahad.
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, seramai 44 orang adalah rakyat Malaysia, manakala selebihnya warga Indonesia.
Menurutnya, 14 kes dilaporkan di Lahad Datu diikuti Kota Kinabalu sembilan kes dan Tawau dengan lapan kes.
BACA: COVID-19: 190 kes baharu dicatat, jumlah meningkat kepada 428
"Bagi Kinabatangan sebanyak lima kes dan Tuaran tiga kes.
"Manakala, tujuh daerah lain di Sabah ada yang merekodkan satu atau dua kes," katanya menerusi muat naik di status Facebook rasminya, pada Ahad.
Terdahulu, pada Sabtu, Sabah merekodkan 26 kes positif jangkitan wabak COVID-19.
#COVID-19 #Frankie Poon Ming Fung #kes positif #koronavirus #Kota Kinabalu #Lahad Datu #Sabah #Tawau