COVID-19: 5,020 kes baharu dalam tempoh 24 jam, 66 kematian

Hilmi Malik
Disember 8, 2021 05:02 MYT
Malaysia merekodkan sejumlah 5,020 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini sebanyak 2,673,019. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Malaysia merekodkan sejumlah 5,020 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini sebanyak 2,673,019.
Setakat tengah malam semalam, data COVIDNOW melaporkan 66 lagi kes kematian baharu dengan jumlah kumulatifnya sebanyak 30,718 kes.
Angka itu juga termasuk dengan sembilan kes kematian brought- in-dead (BID).

Pada 8 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,020 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,673,019 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/wDQMr8A7l1

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perkembangan sama, Kementerian Kesihatan melaporkan sebahagian besar kes masih terdiri daripada pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.3 peratus manakala selebihnya, 1.7 peratus merupakan pesakit kategori 3,4, dan 5 atau bersamaan 87 kes.
Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sedang merawat 428 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 237 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, angka kes sembuh hari ini dilaporkan sebanyak 4,525 kes dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 2,581,395.
#COVID-19 #KKM #kematian #kes baharu