COVID-19: 5,150 kes baharu, 7,240 kes sembuh

Astro Awani
Jun 16, 2021 06:55 MYT
Dr Noor Hisham berkata, dengan penambahan kes baharu ini, ia menjadikan jumlah kes di negara ini meningkat kepada 673,026 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 5,150 lagi kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, dengan jumlah terbaharu itu ia menjadikan jumlah kes di negara ini meningkat kepada 673,026.
Daripada jumlah itu, Selangor terus menjadi penyumbang tertinggi kes positif iaitu sebanyak 1,914 kes diikuti masing-masing Negeri Sembilan (607) dan Sarawak (570).
Sementara Wilayah Persekutuan Putrajaya pula merekodkan kes positif paling rendah iaitu sebanyak enam kes.
Kes harian tertinggi yang direkodkan setakat ini ialah 9,020 kes pada 29 Mei lalu.

Sehingga 16 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,150 kes (673,026 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 1,914 (220,391) WPKL - 480 (68,849) Sabah - 184 (66,730) Johor - 392 (65,827) Sarawak - 570 (57,475) Negeri Sembilan - 607 (35,108) pic.twitter.com/lXuW2VGe00

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kelantan - 230 (32,742) Pulau Pinang - 99 (32,547) Perak - 66 (23,916) Kedah - 228 (22,550) Melaka - 152 (15,276) Pahang - 57 (11,764) Terengganu - 56 (10,752) WP Labuan - 101 (6,394) WP Putrajaya - 6 (2,137) Perlis - 8 (568)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata 7,240 kes sembuh direkodkan hari ini, sekali gus menyaksikan ia lebih tinggi berbanding kes positif.
Sementara itu, sebanyak 73 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kematian di negara ini ialah 4,142 kes.
Jelas Dr Noor Hisham lagi, sebanyak 924 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 453 memerlukan bantuan alat pernafasan.
#Noor Hisham Abdullah #DG Hisham #Covid-19 Malaysia #Kes harian COVID1-9 #PKP 3 0 #MCO 3 0 #Darurat Malaysia