COVID-19: 5,439 kes baharu, 55 lagi kematian

Hilmi Malik
Disember 1, 2021 06:22 MYT
Data COVIDNOW setakat semalam menunjukkan pertambahan sebanyak 55 lagi kes kematian baharu kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Malaysia mencatatkan sebanyak 5,439 kes baharu, meningkat berbanding jumlah kes yang dilaporkan semalam.
Angka itu membawa kepada jumlah keseluruhan kes sejak pandemik sebanyak 2,638,221 kes.
Menurut data COVIDNOW, setakat semalam sebanyak 55 lagi kes kematian dilaporkan dengan angka kumulatifnya kini sebanyak 30,425.
Jumlah itu juga merangkumi lapan kes bagi kematian BID.

Pada 1 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,439 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,638,221 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam pic.twitter.com/HD7hvAnx4O

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#COVID-19 #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #kes positif