COVID-19: 5,666 kes baharu, sedikit menurun berbanding semalam

Eton Khir
Oktober 24, 2021 08:43 MYT
Menurut Dr Noor Hisham, jumlah hari ini mencatatkan sedikit penurunan berbanding semalam. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini mencatatkan 5,666 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam.
Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,431,716 kes.
Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 42 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 28,354 individu.
Jumlah itu juga termasuk 10 kes 'brought in dead' (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Sehingga 24 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,666 kes (2,431,716 kes). Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat ini, 601 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 299 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 6,978 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,327,369.
Sementara itu, jumlah individu yang telah lengkap dua dos dan kadar vaksinasi populasi dewasa ketika ini ialah 94.5 peratus.
Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.1 peratus atau 5,559 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.
Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.9 peratus atau bersamaan 107 kes.
Dalam pada itu, tiga kluster baharu turut dikesan dengan 539 kluster masih lagi aktif sementara 5,183 kluster telah diisytiharkan tamat,
Dua kluster direkodkan di Johor, masing-masing merupakan tempat kerja dan kumpulan berisiko tinggi.
Manakala, satu lagi kluster direkodkan di Selangor melibatkan jangkitan dalam komuniti.
#COVID-19 #Noor Hisham Abdullah #Malaysia #kes baharu #KKM