KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 5,726  kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit meningkat berbanding semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,442,224 kes.

Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 92 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 28,492 individu.

Jumlah itu juga termasuk 11 kes 'brought in dead' (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Setakat ini, 598 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 308 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.


Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 5,607 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,340,390.

Daripada itu, jumlah individu yang telah lengkap dua dos dan kadar vaksinasi populasi dewasa ketika ini ialah 94.7 peratus.

Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.3 peratus atau 5,629  kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.

Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.7 peratus atau bersamaan 97 kes.

Dalam pada itu, tujuh kluster baharu turut dikesan dengan 506  kluster masih lagi aktif sementara 5,229 kluster telah diisytiharkan tamat.

Daripada jumlah itu, lima kluster tempat kerja dilaporkan melibatkan dua darinya dari Johor manakala selebihnya setiap satu  kluster dari Perak, Melaka dan Kedah. 

Sementara itu, satu kluster masing-masing di Sabah, dan Negeri Sembilan melibatkan kluster Komuniti dan Pendidikan Tinggi.