COVID-19: 5,755 kes baharu, 47 kematian direkodkan

Eton Khir
November 24, 2021 11:15 MYT
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,602,835 kes.
KUALA LUMPUR: Negara mencatatkan 5,755 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit meningkat berbanding semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,602,835 kes.
Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 47 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 30,110 individu.
Jumlah itu juga termasuk 10 kes 'brought in dead' (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Pada 24 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,755 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,602,835 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat ini, 506 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 270 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 5,082 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,503,427.
Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.2 peratus atau 5,654 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.
Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.8 peratus atau bersamaan 101 kes
Dalam pada itu, lapan kluster baharu turut dikesan dengan 234 kluster masih lagi aktif sementara 5,672 kluster telah diisytiharkan tamat.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Malaysia #jumlah kematian