PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 menunjukkan peningkatan hari ini, dengan 5,841 lagi kes baharu dicatat dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes kumulatif kepada 716,847 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan terbaharu di Facebooknya berkata, Selangor terus mendahului dengan 2,072 kes, diikuti Negeri Sembilan (781), Sarawak (581), Kuala Lumpur (552) dan Johor (346).

Selain itu, Johor mencatatkan sebanyak 346 kes, diikuti Kedah (271), Melaka (247), Labuan (212), dan Sabah (203).

Negeri-negeri lain yang mencatat kes baharu di bawah 200 ialah Pahang (162), Kelantan (135), Perak (120), Pulau Pinang (108), Terengganu (29), Putrajaya (17), dan Perlis (2).


Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam catatan terbaharu di Twitter berkata, seramai 5,411 pesakit telah sembuh sepenuhnya dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kes kumulatif sembuh ialah sebanyak 650,964 (90.81%).

Selain itu, 84 kematian baharu dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 sebanyak 4,721.

Seramai 869 pesakit kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dan 438 daripada mereka sedang menerima bantuan pernafasan.

Sehingga kini, KKM berkata, jumlah kes aktif ialah sebanyak 61,162.