COVID-19: 5 perkara penting kenyataan akhbar Dr Noor Hisham hari ini

Umavathi Ramayah
Ogos 1, 2020 10:02 MYT
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Kes pertama membabitkan seorang warganegara asing daripada Kluster Bukit Tiram dikesan positif COVID-19 di luar Johor, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, individu yang disahkan positif itu merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,893 daripada kluster itu.
Berikut merupakan lima perkara penting dinyatakan beliau menerusi kenyataan media hari ini:
1. Sembilan kes baharu COVID-19 direkodkan, membabitkan tujuh kes import dan dua penularan tempatan.
2. Penularan tempatan membabitkan Kluster Sivagangga (1 kes), Kluster Bukit Tiram (1 kes)
3. Jumlah kumulatif 8,985 kes.
4. Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 213 kes.
5. Tiada kematian direkodkan, kekal 125 kes.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #kes positif #Kluster Bukit Tiram #Kluster Sivagangga #PKPP #RMCO