COVID-19: 52 kes baharu, Kluster Ara dikenal pasti di Pulau Pinang

Astro Awani
September 20, 2020 09:36 MYT
Jumlah pesakit COVID-19 yang sudah dibenarkan keluar dari wad dalam tempoh 24 jam pula ialah sebanyak 40 orang.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 52 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari Ahad menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 10,219.
Daripada angka tersebut, 40 merupakan penularan tempatan sementara 12 kes import.
Sementara, jumlah pesakit COVID-19 yang sudah dibenarkan keluar dari wad pula ialah sebanyak 40 orang.
Sepanjang tempoh 24 jam lalu juga, tiada sebarang kematian dilaporkan.
KKM turut mengenal pasti satu kluster baharu di Pulau Pinang iaitu Kluster Ara.
#COVID19 #Kementerian Kesihatan #Kluster Ara #pulau pinang #tiada kematian