COVID-19: 55 lagi kematian direkod, 11 BID

Astro Awani
November 14, 2021 00:10 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 55 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 55 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,631 daripada 2,535,573 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 11 daripada 55 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 65,319 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 50,862 individu atau 77.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 8,196 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,734 kes dirawat di hospital dan 527 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 250 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 277 lagi memerlukan mesin ventilator.
#brought-in-dead #COVID-19 #jangkitan #unit rawatan rapi