KUALA LUMPUR: Jumlah kes positif COVID-19 dicatatkan sejak 24 jam lalu di Malaysia berkurang kepada 6,824 kes daripada 6,999 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemas kini data harian COVID-19 memaklumkan, Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 2,111 kes, diikuti Kelantan (695), Sarawak (654) dan Johor (489).

Negara mencatatkan tambahan 67 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 2,796

Sementara itu, jumlah kes sembuh hari ini adalah 5,251 kes dengan jumlah kes sembuh ketika ini adalah 490,038 kes.

Jumlah kes yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) adalah 851 kes dengan 422 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu, 25 kluster baharu dikesan hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL