COVID-19: 61 lagi kematian baharu, keseluruhan 30,370

Astro Awani
November 30, 2021 00:00 MYT
15 daripada 61 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 61 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,370 orang daripada 2,622,024 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 15 daripada 61 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 65,497 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 53,177 individu atau 81.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 6,575 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,238 kes dirawat di hospital dan 507 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 235 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 272 lagi memerlukan mesin ventilator.
#COVID-19 #COVIDNOW #KKM #kes kematian