COVID-19: 649 kes positif, lima kluster baharu antara tumpuan kenyataan media KKM

Isabelle Leong
Oktober 29, 2020 10:35 MYT
649 kes baharu dilaporkan pada Khamis (29 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 30,090 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti sebanyak lima lagi kluster baharu COVID-19 dan tiada kes kematian baharu direkodkan pada Khamis.
Berikut merupakan lima tumpuan pada kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Khamis, 29 Oktober 2020:
1. 649 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 30,090 kes.
2. Tiada kes kematian baharu dilaporkan.
3. Lima lagi kluster baharu telah dikesan.
4. 106 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 23 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
5. Kes kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,087.
BACA: COVID-19: Malaysia catat 649 kes baharu, tiada kematian
#Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #unit rawatan rapi #kematian #Kementerian Kesihatan #kes positif #Kluster baharu #KKM #Ketua Pengarah Kesihatan