COVID-19: 7,276 lagi kes baharu dilaporkan di Malaysia

Astro Awani
Oktober 12, 2021 07:10 MYT
Dr Noor Hisham memberitahu, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumalatif menjadi 2,353,579 kes COVID-19 di Malaysia, setakat ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Angka harian kes COVID-19 terus berada di bawah 10,000 apabila sebanyak 7,276 jangkitan baharu dilaporkan, pada Selasa.
Bagaimanapun, ia menyaksikan sedikit kenaikan berbanding 6,709 kes baharu direkodkan, semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di Twitter memberitahu, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumalatif menjadi 2,353,579 kes COVID-19 di Malaysia, setakat ini.

Sehingga 12 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,276 kes (2,353,579 kes). Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut data COVIDNOW, kadar kematian setakat Isnin adalah sebanyak 93 kes menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 27,422 kes.
Bagaimanapun, Noor Hisham menjelaskan, sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori satu dan dua iaitu sebanyak 97.9 peratus atau 7,126 kes.
Sementara katanya, selebihnya merupakan kategori tiga, empat dan lima yang melibatkan 2.1 peratus daripada keseluruhan kes.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, setakat semalam, unit rawatan rapi (ICU) menempatkan seramai 724 pesakit dan daripada jumlah itu 398 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
"Jumlah kes sembuh pula mencatatkan 10,555 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes pulih kini mencecah 2,217,057 kes," ujarnya.
Noor Hisham menambah, sebanyak 14 kluster dikesan dalam tempoh 24 jam dengan 783 kluster masih lagi aktif.
#Kementerian Kesihatan #Khairy Jamaluddin #Noor Hisham Abdullah #COVID-19