KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 7,739 kes baharu COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4.33 juta.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 7,672 kes (99.13%) adalah dalam kategori satu dan dua.

Manakala 67 kes (0.87%) lagi dalam kategori tiga, empat dan lima.

Sebanyak 174 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 102 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 19,049.

Semalam, dua kluster baharu direkodkan, dengan 126 kluster masih aktif.

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.84, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 0.92.