COVID-19: 7 lagi lokaliti dikenakan PKPD di Johor, Sarawak, Sabah
Umavathi Ramayah
Jun 14, 2021 12:27 MYT
Jun 14, 2021 12:27 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Dipeketatkan (PKPD) di tujuh lagi lokaliti di Johor, Sarawak dan Sabah bermula 16 hingga 29 Jun ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah bagi menyekat pergerakan dan penularan COVID-19 dari kawasan-kawasan berisiko itu.
Berikut adalah lokaliti itu:
1. Asrama Pekerja Warga Asing, Jalan Rivera, Tanjung Agas, Tangkak, Johor
- Secara kumulatifnya, seramai 128 individu telah disahkan positif COVID19 selepas KKM menjalankan ujian saringan ke atas 237 penghuni dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi di lokaliti itu.
- Melibatkan Rumah Panjang Alat anak Mukan dan Mukah Palm Oil Mill.
- KKM telah melakukan 18 saringan dan 10 daripadanya disahkan positif COVID-19. Saringan komuniti perlu dijalankan segera untuk mengesan awal kes supaya dapat diasingkan secepat mungkin.
- KKM mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes dalam tempoh dua minggu apabila sebanyak 18 kes positif telah direkodkan daripada 25 disaring di Country Heights Apartment dan 14 kes positif di Vista Minintod Apartment hasil saringan ke atas 21 orang.
- KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes COVID-19 yang ketara dalam tempoh seminggu di lokaliti tersebut di mana 10 kes positif telah direkodkan dari 24 ujian saringan yang dijalankan dengan kadar positiviti 42 peratus.