COVID-19: 71 pesakit pulih, 55 kes baharu, dan tiada kematian

Asyraf Roslan
Mei 4, 2020 09:44 MYT
Dr Noor Hisham turut menyatakan bahawa terdapat penambahan kes sebanyak 55 kes menjadikan kes kumalatif sebanyak 1764 kes.
71 kes COVID-19 di Malaysia dilaporkan telah pulih dan dibenarkan keluar hospital.
Dalam sidang media harian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 4,484 kes.
Pada masa sama, terdapat 55 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,353 kes.
Tujuh kes daripada 55 kes baharu tersebut merupakan kes import menjadikan penularan kes tempatan sebanyak 48 kes.
Tambahnya, Malaysia tidak mencatatkan sebarang kes kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes kumulatif kematian kekal sebanyak 105 kes, atau 1.65 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Terkini #COVID19 4 Mei. Kes baharu ialah 55 termasuk 7 kes import. Tiada kematian dalam tempoh 24 jam. pic.twitter.com/onnzbCP2MS

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 4, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sehingga kini, seramai 28 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, hanya 13 kes sahaja memerlukan bantuan pernafasan.
#coronavirus #COVID-19 #Datuk Dr Noor Hisham #Kementerian Kesihatan #KKM #koronavirus #Malaysia