COVID-19: 8,084 jangkitan baharu, kumulatif kes kini 2,369,613

Umavathi Ramayah
Oktober 14, 2021 11:15 MYT
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah baharu ini menjadikan angka kumulatif kes setakat hari ini mencecah 2,369,613 kes.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Angka COVID-19 kembali menunjukkan peningkatan apabila 8,084 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Pada Rabu sejumlah 7,950 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah baharu ini menjadikan angka kumulatif kes setakat hari ini mencecah 2,369,613 kes.
Beliau memberitahu daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hanya 1.6 peratus atau 133 kes membabitkan kategori 3, 4, dan 5.
"Sementara 98.4 peratus atau 7,951 kes pula melibatkan pesakit kategori 1 dan 2," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
COVIDNOW pula melaporkan setakat Rabu, 68 individu lagi meninggal dengan angka kumulatifnya mencecah 27,593 individu.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, seramai 725 pesakit sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 380 pesakit daripada memerlukan bantuan alat pernafasan.
Menurutnya, sebanyak 13 kluster baharu dikesan do seluruh negara dengan 762 kluster lagi masih aktif.

Sehingga 14 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 8,084 kes (2,369,613 kes). Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #kes baharu