COVID-19: 8 kes BID daripada 29 kematian dilaporkan

Astro Awani
Disember 13, 2021 22:45 MYT
Sebanyak 4,504 kes COVID-19 sedang dirawat di hospital dan 408 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi ketika ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 29 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,908 orang, daripada 2.68 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 8 daripada 29 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 57,926 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 47,751 individu atau 82.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 5,263 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 4,504 kes dirawat di hospital dan 408 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 202 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 206 lagi memerlukan mesin ventilator.
#brought-in-dead #Kematian baharu #COVID-19