COVID-19: 941 kes baharu, jumlah jangkitan turun tiga angka

Astro Awani
Mac 29, 2021 09:02 MYT
Kata Dr Noor Hisham, kali terakhir kes harian di bawah angka 1,000 ialah pada 9 Disember 2020. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 941 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 342,885 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 219 kes jangkitan.
"Ini diikuti oleh Sarawak dengan 192 kes dan Pulau Pinang sebanyak 164 kes,
"Kali terakhir kes harian di bawah angka 1,000 ialah pada 9 Disember 2020," kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan media harian pada Isnin.

Terkini. 29 Mac. Kes baharu hari ini 941 iaitu terendah untuk tahun 2021, setakat ini. Kali terakhir kes harian di bawah angka 1,000 ialah pada 9 Disember 2020. #COVID19

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) March 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan, sebanyak 1,097 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 327,406 kes.
Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 14,219 kes.
Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan lima kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,260.
Katanya, seramai 166 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 73 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.
KKM juga memaklumkan terdapat tiga kluster baharu yang telah dikenal pasti pada Isnin yang melibatkan dua kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti.
Kluster-kluster itu adalah Kluster Seksyen 16, Kluster Jalan Azlan dan Kluster Taman Vistargo.
#COVID-19 #jumlah kematian #jangkitan #Sembuh #Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #ICU #unit rawatan rapi #Kes sembuh #kes baharu #tiga angka