KUALA LUMPUR: Seramai 24.96 individu atau 76.4 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, setakat Jumaat.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 78.5 peratus atau 25.65 juta individu daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Manakala seramai 22.37 juta individu atau 95.6 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Sementara 97.8 peratus atau 22.9 juta daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2.58 juta individu atau 82.1 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2.75 juta individu atau 87.4 peratus mendapat satu dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 105,103 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 51.84 juta dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.