KUALA LUMPUR : Sebanyak 21,176 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan 20,838 kes atau bersamaan 98.4 peratus terdiri daripada pesakit kategori 1 dan 2.

Berikut merupakan lima tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:

1. Sebanyak 21,176 kes baharu COVID-19 dilaporkan, jumlah keseluruhan kini 1,678,962 kes.

2. Sebanyak 341 lagi kematian baharu dicatat dengan angka kumulatif kini sebanyak 19,827 kes.

3. Kes aktif dengan kadar kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 242,161 kes.

4. Sebanyak 1,310 kes sedang dirawat di ICU, 773 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

5. KKM memaklumkan pertambahan sebanyak 37 lagi kluster baharu, tempat kerja masih tertinggi.