PUTRAJAYA: 99 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang dilaporkan di Sarawak merupakan kes kategori satu dan dua.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, situasi ini sama seperti apa yang berlaku di beberapa negara maju antaranya United Kingdom yang masih merekodkan puluhan ribu kes harian.
"Jadi mungkin ada yang bertanya kepada saya apa yang berlaku di Sarawak kerana negeri itu mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi tetapi bilangannya (kes) masih lagi tinggi.
"Tapi mengikut data yang kita ada, 99 peratus daripada jangkitan di Sarawak adalah kategori satu dan dua masih lagi dalam keadaan yang terkawal dari segi kemasukan hospital dan sebagainya," katanya.
Khairy berkata demikian semasa sidang media harian COVID-19 di Putrajaya pada Rabu.
Selain itu ujarnya, apa yang penting pada ketika ini adalah melihat kepada jumlah kemasukan pesakit ke hospital, jumlah kemasukan ke unit rawatan rapi, bilangan mereka yang memerlukan bantuan pernafasan dan kematian.
Pada Rabu, Sarawak merekodkan pertambahan 2,414 kes positif COVID-19 dengan hanya tujuh kes atau 0.29 peratus melibatkan kategori empat dan lima.
Manakala, 2,060 atau 85.34 peratus merupakan kes kategori satu, 347 atau 14.37 peratus kes kategori dua manakala tiada kes kategori tiga dilaporkan hari ini.
Syafik Shukri Jalil
Wed Sep 01 2021
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, situasi ini sama seperti apa yang berlaku di beberapa negara maju antaranya United Kingdom yang masih merekodkan puluhan ribu kes harian. - Bernama
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Mansuh prosedur enterSarawak, bukti keluhan anak Sarawak didengari
Kelonggaran kemasukan ke Sarawak dilihat memudahkan urusan anak-anak Sarawak untuk pulang mengundi jika Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) dilaksanakan dalam waktu terdekat.
Kitak urang maok nangga wayang sik? Sabar dolok... dua hari gik
JPBN Sarawak bersetuju membenarkan panggung wayang untuk kembali beroperasi berkuatkuasa mulai 10 Oktober jam 12.01 pagi.
COVID-19: 1,503 kes positif di Sarawak, 19 kes kategori 3,4 dan 5
Sarawak kekal merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 1,503 kes dicatatkan pada Rabu.
COVID-19: 2,121 kes positif di Sarawak, 99.39 kes kategori 1 dan 2
Sarawak kekal merekodkan kes positif COVID-19 tertinggi dalam negara dengan 2,121 kes dilaporkan hari ini.
1,008 unit silinder oksigen dari Kuala Lumpur tiba di Sarawak
Peralatan perubatan yang diterima itu merupakan persediaan Sarawak untuk peningkatan kapasiti hospital dan mendepani penularan varian Delta.
COVID-19: 2,943 kes positif di Sarawak, sembilan kes kategori 3,4 dan 5
Sarawak sekali lagi melaporkan kes positif COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 2,943 kes pada Ahad.
Projek pembinaan Hospital Petra Jaya disambung semula, dijangka dibuka 2024 - Khairy
Projek pembinaan semula Hospital Petra Jaya yang terbengkalai selama tiga tahun kini disambung semula setelah kontraktor penyelamat dilantik untuk mengambil alih projek sakit itu.
KKM akan percepat pembukaan Hospital Sri Aman - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempercepatkan pembukaan Hospital Sri Aman sekali gus menampung keperluan fasiliti perubatan yang dihadapi Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching.
COVID-19: 2,712 kes positif di Sarawak, 99.82 peratus kategori 1 dan 2
Sarawak sekali lagi merekodkan kes positif COVID-19 harian tertinggi dengan 2,712 kes dilaporkan pada Sabtu.
Vaksin CanSino sedia digunakan di pedalaman Sarawak- Uggah
Bekalan vaksin dos tunggal jenis CanSino di Sarawak sudah bersedia untuk digunakan di kawasan luar bandar.