KUALA LUMPUR:Arahan kerajaan untuk mewajibkan pekerja sektor awam dan swasta bahagian pengurusan serta pengawasan untuk bekerja dari rumah masih dikekalkan di kawasan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun arahan itu hanya membabitkan sejuta pekerja di kedua-dua sektor di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Selangor.
"Setakat yang dimaklumkan, keputusan itu masih kekal sebab ia melibatkan di Selangor dan Wilayah sebab kawasan ini masih berada dalam zon merah melibatkan sejuta pekerja.
"Negeri lain saya tidak lagi dimaklumkan sebab ketika pengumuman dibuat hanya melibatkan Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja.
"Pun begitu, kita akan minta Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk berbincang dengan pihak berkaitan berhubung keputusan seterusnya," katanya dalam sidang media pada Rabu.
BACA: COVID-19: Tiada lagi had jumlah pengunjung duduk semeja di kedai makan
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan berbincang dengan MKN Sarawak untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan rakyatnya dari Semenanjung ke negeri itu.
"Seperti yang kita tahu, SOP di Sabah dan Sarawak kebanyakan ditentukan oleh kerajaan negeri masing-masing terutamanya kemasukan dari Semenanjung.
"Ia bertujuan untuk melindungi negeri mereka kenara berada dalam zon hijau.
"Perkara ini bagaimanapun belum ada perbincangan dan kita akan bawa dalam menyuarat akan datang untuk melonggarkan SOP itu khususnya menjelang perayaan Hari Natal," katanya.
Fauzi Suhaimi
Wed Dec 09 2020
Ismail Sabri berkata, bagaimanapun arahan itu hanya membabitkan sejuta pekerja di kedua-dua sektor di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Selangor. - Gambar BERNAMA
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Dua remaja 15 tahun antara lapan ditahan sertai parti persendirian
Dua remaja perempuan antara lapan individu yang ditahan polis kerana menyertai parti persendirian di sebuah unit soho di sebuah kondominium dekat Shah Alam awal pagi tadi.
Susulan kes Neelofa, Menteri Besar Negeri Sembilan, Selangor bincang soal 'jual beli' Nilai 3
Netizen berseloroh mendakwa tiada kesalahan rentas negeri direkodkan ke atas Neelofa dan PU Riz kerana Nilai 3 di bawah jajahan negeri Selangor.
Neelofa, PU Riz tidak dikenakan tuduhan rentas negeri - Pejabat Peguam Negara
Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap pasangan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhamad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.
COVID-19: Labuan laksana PKPB, SOP Aidilfitri diperketatkan
Pelaksanaan PKPB itu akan menggunapakai SOP PKPB dan sektor sosial dengan beberapa pindaan.
'Sehingga ada arahan baharu, saya andaikan Sabah masih berstatus PKPB' - Masidi
Sehingga ada arahan baharu, Sabah diandaikan masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Konsep kutipan makanan tanpa sentuh di R&R sepanjang Lebuh Raya PLUS
PLUS menawarkan kemudahan dan kutipan tanpa sentuh menerusi fungsi Pre-Order PLUS melalui Aplikasi PLUS yang menawarkan menu pilihan kepada pelanggan di 21 R&R terpilih.
Johor benarkan operasi bazar Ramadan, Aidilfitri di tiga daerah PKP
Kerajaan Johor membenarkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di tiga daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.
Polis panggil Neelofa, PU Riz isu tular rentas negeri beli karpet di Nilai 3
Selebreti Neelofa terus mencetuskan kontroversi di media sosial apabila sekali lagi dia didakwa 'merentas negeri' ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.
Mesej tular 'PKP seluruh Selangor' palsu
Kenyataan yang tular mendakwa kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor akan dilaksanakan sama ada 4 Mei atau 5 Mei 2021 adalah palsu.
Kelantan masih PKP, 5 negeri PKPB, 9 negeri PKPP - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kesemua 10 jajahan atau daerah di negeri Kelantan.