KEPALA BATAS: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia membina lebih banyak Unit Rawatan Rapi Lapangan (Field ICU) di Pulau Pinang jika diperlukan berikutan peningkatan pesakit COVID-19 sekarang ini.
Panglima Dua Divisyen Markas Divisyen Kedua Infrantri Kem Tun Razak, Mej Jen Datuk Arman Rumaizi Ahmad berkata pihaknya bersedia termasuk dari segi kelengkapan dan peralatan bagi membina Field ICU di hospital lain bagi memberi bantuan perubatan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan orang ramai.
"Ketika ini hanya satu Field ICU yang dibangunkan oleh ATM dengan kerjasama KKM di Hospital Kepala Batas (HKB) dan ia merupakan contoh terbaik kemungkinan pembinaan Field ICU lain di sini (Pulau Pinang) atau negeri lain yang memerlukan berikutan peningkatan kes COVID-19 sekarang ini
"Dari segi kelengkapan dan peralatan, kita (ATM) telah bersiap sedia dan secara holistik, kami menunggu arahan daripada menteri pertahanan serta pihak panglima untuk membantu membina Field ICU bagi mereka yang memerlukan, ATM juga bersedia membantu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Field ICU HKB di sini hari ini.
Turut hadir Komander Field ICU HKB Leftenan Kolonel Dr. Mohd Zamri Derahman dan Penolong Pengarah (Perubatan) HKB Dr. Hor Chee Peng.
Mengulas mengenai Field ICU di HKB, Arman Rumaizi berkata Field ICU yang boleh menempatkan 27 katil bagi menampung bilangan pesakit COVID-19 kritikal yang memerlukan rawatan rapi beroperasi dengan ia akan mula beroperasi Isnin ini kerana beberapa isu teknikal perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Katanya pembinaan Field ICU itu telah siap sepenuhnya hari ini namun pihaknya bersama pasukan perubatan HKB akan menjalankan beberapa ujian bermula esok dan "dry run" bagi menguji semua peralatan perubatan pada Ahad.
"Ahad ini final "dry run" dan kami akan kaji semua aspek termasuk teknikal, perubatan, keperluan kemudahan dan paling penting Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di ICU yang perlu diperketat sebelum Field ICU beroperasi sepenuhnya pada Isnin nanti.
"Saya harap semuanya berjalan lancar dan Field ICU ini sebenarnya bukan hanya kerjasama antara ATM dan KKM sahaja sebaliknya melibatkan pelbagai agensi lain termasuk pihak Tenaga Nasional Berhad(TNB) serta Jabatan Kerja Raya..ini semua adalah untuk membantu rakyat," katanya.
Field ICU dibina menggunakan konsep hibrid, dengan empat kontena ATM digunakan untuk menempatkan 12 katil dan 15 katil lagi ditempatkan di empat khemah yang didirikan di kawasan parkir dalam HKB.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021
Ketika ini hanya satu Field ICU yang dibangunkan oleh ATM dengan kerjasama KKM di Hospital Kepala Batas (HKB). - Gambar/ Facebook Kementerian Pertahanan
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
White House enggan komen serangan Israel ke atas Iran
Jurucakapnya White House berkata Amerika Syarikat tidak mahu komen tentang perkara itu kerana dari awal lagi mereka tidak ingin terlibat secara langsung atas perang antara Iran dan Israel, atas kerisauan peningkatan suhu konflik di Asia Barat.
Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
[Kronologi] perang Iran - Israel
[Kronologi] perang Iran - Israel
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
Kementerian Pertahanan garis lima fokus perkasa ATM
Kementerian Pertahanan menggariskan lima strategi tahun ini bagi memperkasakan hala tuju Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendepani cabaran.