COVID-19: Balai Polis Setapak ditutup sementara

Bernama
Disember 4, 2021 13:59 MYT
Balai Polis Setapak ditutup sementara mulai hari ini sehingga Jumaat berikutan beberapa orang pegawai di balai berkenaan dijangkiti COVID-19.
KUALA LUMPUR: Balai Polis Setapak di sini ditutup sementara mulai hari ini sehingga Jumaat berikutan beberapa orang pegawai di balai berkenaan dijangkiti COVID-19.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata orang ramai yang mempunyai urusan termasuk pengeluaran permit, diminta ke balai polis berhampiran di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.
Beliau berkata perkhidmatan polis kepada masyarakat di bawah pentadbiran Balai Polis Setapak seperti rondaan cegah jenayah tetap dijalankan seperti biasa menerusi kereta peronda, unit rondaan bermotosikal dan elemen lain dalam polis.
"Masyarakat, khususnya di bawah pentadbiran Balai Polis Setapak, jika memerlukan bantuan boleh menghubungi Hotline Polis Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
#Balai Polis Setapak #ditutup sementara #COVID-19 #Polis Daerah Wangsa Maju