COVID-19: Beberapa unit gerai di Pasar Besar TTDI diarah tutup

Faris Danial Razi
Mei 15, 2021 15:11 MYT
DBKL pada masa sama akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan berkenaan. - Facebook Pasar Besar TTDI KL
KUALA LUMPUR: Beberapa unit gerai di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) diarah tutup pada 15 Mei hingga 17 Mei 2021, susulan pengesanan kes COVID-19 baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), penutupan bagi tujuan operasi sanitasi itu melibatkan beberapa buah gerai bahagian jualan ikan di pasar berkenaan.
Ia melibatkan gerai nombor TS 33, TS 34, TS 46, TS 47, TS 49, TS 50, TS 51, TS 60 dan TS 65.
Susulan itu, tiada sebarang aktiviti perniagaan dibenarkan dijalankan oleh gerai-gerai terbabit.
DBKL pada masa sama akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan berkenaan.
Kerjasama daripada semua pihak adalah amat dihargai bagi membolehkan pelaksanaan program ini.
#DBKL #Kuala Lumpur #operasi #COVID-19 #Pasar Besar TTDI #Taman Tun Dr Ismail