Terbaharu, tular mesej di media sosial bahawa beberapa kawasan di ibu kota, antaranya KL Sentral, Solaris Dutamas dan beberapa hospital kerajaan termasuk Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya perlu dijauhi disebabkan COVID-19.
Selain tempat-tempat diatas, turut tular tempat-tempat berikut yang kononnya perlu dielakkan.
1. Hotel Ancasa
2. Pantai Hospital
3. KL Sentral
4. Plaza Sentral, Blok 2B
5. Mercu UEM - Khazanah Nasional Bhd
6. Malakoff Building , KL Sentral
7. UDA Holdings, Blok Menara, Pertama Complex
8. Wisma FELCRA, Setapak Jaya
9. Menara 1 Dutamas, Solaris Dutamas
10. Menara Mitraland
11. Menara Kembar, Bank Rakyat
12. Subang Jaya Medical Centre
13. Ministry of Finance
14. Prime Minister's Office
15. Bowling IOI City Mall
16. Kenny Rogers IOI City mall
17. Alamanda
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) dan mengesahkan ia adalah mesej palsu.
Begitu juga mesej tular yang mengatakan terdapat pusat beli-belah di sekitar Putrajaya perlu dielak daripada dikunjungi, turut disahkan KKM bahawa maklumat itu tidak benar.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini menasihati rakyat Malaysia supaya berhenti daripada menyebarkan berita palsu mengenai penularan COVID-19.
Katanya adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan berita sahih ketika berlakunya sesuatu krisis terutamanya sewaktu penularan COVID-19.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini dan sah daripada laman Facebook dan Twitter KKM, portal https://sebenarnya.my/ atau merujuk laporan media.
KKM turut memaklumkan sekiranya terdapat pertanyaan atau keraguan mengenai kejadian COVID-19, orang awam boleh melayari http://www.moh.gov.my (Tanya Doktor) untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan keluarga untuk tindakan seterusnya.
Selain itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan penjagaan kebersihan peribadi seperti kerap mencuci tangan, memakai penutup mulut dan hidung sekiranya batuk dan selesema serta mendapatkan pemeriksaan di pusat perubatan berhampiran sekiranya mengalami simptom berkaitan.