COVID-19: Dua kluster sumbang peningkatan mendadak kes di Sabah

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Disember 11, 2020 12:43 MYT
Dua daerah di Sabah kembali merekodkan tiga angka susulan keputusan saringan sampel melibatkan dua kluster sedia ada. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Dua daerah di Sabah kembali merekodkan tiga angka susulan keputusan saringan sampel melibatkan dua kluster sedia ada.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kedua-dua daerah Kota Kinabalu dan Lahad Datu menyaksikan peningkatan kes susulan saringan sampel dari Kluster Rumah Merah dan Kluster DBajaru.
"Hari ini angka kes positif COVID-19 di Sabah kembali tinggi iaitu sebanyak 532 kes dengan dua daerah merekodkan kes tertinggi.
"Kota Kinabalu merekodkan 195 kes dan Lahad Datu 166 kes, jumlah kes yang tinggi hari ini berpunca dari saringan di dua kluster iaitu, Kluster Rumah Merah di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Menggatal yang merekodkan sebanyak 150 kes dan Kluster DBajaru di Daerah Lahad Datu mencatatkan 133 kes.
"Pada hari ini juga kita merekodkan lima kes kematian iaitu dua kes di daerah Papar dan satu kes masing-masing di daerah Putatan, Tawau dan Sandakan," katanya menerusi sidang media maya yang diadakan di Kota Kinabalu pada Jumaat.
BACA: COVID-19: Malaysia catat 1,810 kes positif, 6 kematian
Tambahnya setakat 11 Disember 2020, Sabah telah melaporkan sejumlah 32,066 kes COVID-19 dan daripada jumlah tersebut seramai 28,923 pesakit telah sembuh.
Sehingga Jumaat seramai 3,143 orang masih disahkan positif dan sedang menerima rawatan dan kuarantin diri.
"Pada hari ini sejumlah 1,805 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 629 orang di hospital dan 1,176 orang di PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19).
"Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 63 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya lagi.
Berikut bilangan kumulatif kes mengikut daerah setakat 11 Disember 2020:
1. Kota Kinabalu - 8,325
2. Sandakan - 5,005
3. Tawau - 5,001
4. Lahad Datu - 3,178
5. Semporna - 2,212
6. Tuaran - 1,900
7. Penampang - 1,394
8. Putatan - 814
9. Papar - 807
10. Kudat - 797
11. Keningau - 495
12. Kota Belud - 480
13. Kunak - 349
14. Kalabakan - 300
15. Beaufort - 154
16. Ranau - 139
17. Kinabatangan - 137
18. Pitas - 123
19. Beluran - 106
20. Kota Marudu - 88
21. Tambunan - 77
22. Kuala Penyu - 50
23. Sipitang - 45
24. Tenom - 38
25. Telupid - 29
26. Tongod - 16
27. Nabawan - 7
#COVID-19 #Sabah #peningkatan mendadak #kluster #Masidi Manjun #Kota Kinabalu #Lahad Datu #Kluster Rumah Merah #Kluster DBajaru