PUTRAJAYA:Malaysia catat pertambahan sebanyak dua lagi kes kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 350 kes.

Berikut merupakan tumpuan sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Jumaat, 27 November 2020.

1. 1,109 kes baharu, menjadikan jumlah kes keseluruhan kini adalah 61,861 kes.

2. Dua kes kematian baharu direkodkan, kedua-duanya di Sabah.

3. 113 kes sedang dirawat di ICU, dengan 41 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

4. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah sebanyak 11,307 kes.

5. KKM kesan pertambahan sebanyak empat lagi kluster baharu.

BACA: COVID-19: 1,109 kes baharu, dua kes kematian