COVID-19: Empat kluster baharu hari ini, tiga dari tempat kerja

Madiha Abdullah
April 8, 2021 11:17 MYT
Sebanyak empat kluster dilaporkan hari ini membabitkan negeri Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Pahang. - Gambar hiasan Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak empat kluster dilaporkan hari ini membabitkan negeri Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Pahang.
Daripada jumlah itu, tiga daripadanya adalah kluster tempat kerja.
Berikut adalah perinciannya:
Kluster Jalan Taming
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Taming 11, Taman Taming Jaya, Seri Kembangan, Petaling.
Kes positif: 9
Kluster Perusahaan Perai Tiga
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, dan Timur Laut di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perusahaan Baru, Kawasan Perusahaan Perai 3, Seberang Perai Tengah.
Kes positif: 66
Kluster Industri Parit Raja
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Parit Raja, Batu Pahat.
Kes positif: 38
Kluster Padang Manggis
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pekan dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 2 April 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kes positif: 10
#kluster #kes positif #Pahang #Sarawak #pulau pinang