PUTRAJAYA:Empat kluster COVID-19 diisytiharkan tamat hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ia adalah Kluster Rinting, Kluster Semarak, Kluster Jelok dan Kluster Sabindo.

Jelasnya ia melibatkan negeri Melaka dan Johor, Sabah, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, empat lagi kluster baharu telah dikesan pada Selasa, iaitu Kluster Liawan, Kluster Tatahan, Kluster Tawau dan Kluster Kube.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 725 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 30,304 kes.

BACA: COVID-19: Ini lima tumpuan utama sidang media Dr Noor Hisham hari ini

BACA: COVID-19: 869 kes baharu dicatat, 258 daripadanya di Lembah Klang

"Secara keseluruhannya, sehingga 10 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 869 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 42,050 kes.

"Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,446 kes," katanya semasa sidang media pada Selasa.

Dalam pada itu katanya, enam kes kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 294 kes dengan kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 11,446 kes.

Jelas Dr Noor Hisham, sebanyak 725 kes sembuh dicatatkan, menjadikan kes sembuh keseluruhan sebanyak 30,304 atau 72.1 peratus.