COVID-19: Empat lagi sekolah di Negeri Sembilan ditutup

Sinar Harian
Mei 4, 2021 16:13 MYT
Sejak 22 April lalu, lebih 30 sekolah di Negeri Sembilan sudah diarahkan tutup atas nasihat PKD. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Empat lagi sekolah di Negeri Sembilan diarahkan tutup selama dua hari bermula Rabu selepas terdapat pengesanan kes positif COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Mohamad Rafie Ab Malek berkata, penutupan itu atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi membolehkan pihaknya mengesan kontak rapat dan proses disinfeksi.
"Sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Syed Sirajuddin, SK Pedas, SK Undang Rembau dan SK Taman Tuanku Jaafar 2.
"Penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko PKD yang berkaitan," katanya di sini pada Selasa.
Sejak 22 April lalu, lebih 30 sekolah di Negeri Sembilan sudah diarahkan tutup atas nasihat PKD.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
#sekolah #ditutup #Negeri Sembilan #Seremban #COVID-19 #Exco #Mohamad Rafie Ab Malek