COVID-19: Enam penumpang kapal persiaran disahkan negatif, dibenarkan pulang

Nursyazwani Saiful Sham
Februari 16, 2020 15:15 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Ahad malam mengesahkan kesemua mereka dalam keadaan sihat.
Enam penumpang kapal persiaran mewah MS Westerdam yang terdiri daripada empat warga Amerika Syarikat dan dua warga Netherlands disahkan negatif COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Ahad malam mengesahkan kesemua mereka dalam keadaan sihat.
"Enam penumpang kapal persiaran MS Westerdam kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan mereka selanjutnya.
"Keputusan ujian pengesanan COVID-19 yang dijalankan pada 16 Februari 2020 ke atas mereka baru sahaja diperolehi daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan mereka disahkan negatif untuk jangkitan tersebut.
"Sehubungan itu, pihak kedutaan yang berkenaan telah dimaklumkan mengenai keputusan ujian ini dan mereka akan dibenarkan untuk menaiki penerbangan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing yang selanjutnya," jelasnya.
[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat
BACA: COVID-19: Kapal persiaran berlabuh di China tidak dibenarkan masuk Malaysia - TPM
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada petang Ahad memaklumkan enam penumpang itu yang sedang menunggu penerbangan akan menjalani ujian pengesanan COVID-19.
Ia selepas 143 penumpang kapal persiaran MS Westerdam yang memasuki Malaysia selepas berlepas dari Kemboja disahkan melepasi saringan dan tidak bergejalan COVID-19.
BACA: Malaysia tidak tukar definisi COVID-19 seperti China
#Amerika Syarikat #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Dr Wan Azizah Wan Ismail #IMR #Institut Penyelidikan Perubatan #MS Westerdam #Netherlands #Timbalan Perdana Menteri