LONDON:England memerlukan sekatan yang lebih ketat selepas perintah berkurung yang dilaksanakan berakhir pada Disember nanti.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menulis surat kepada Ahli Parlimen mengenai hasrat kerajaan melaksanakan rancangan tersebut.

Dalam surat itu, Johnson berkata langkah-langkah sekatan COVID-19 itu dijangka berakhir pada Februari.

Britain sedang meningkatkan tahap persiapan pelancaran vaksin dengan Nadhim Zahawi dinamakan sebagai Menteri Kesihatan baharu untuk mengawasi penggunaan vaksin.

Sebelum ini, Financial Times melaporkan United Kingdom akan meluluskan penggunaan vaksin BioNTech Pfizer pada minggu depan.

Walaupun terdapat kemajuan dalam vaksin, kerajaan perlu menyakinkan Ahli Parlimen untuk menyokong sekatan yang lebih ketat ia sekali gus meletakkan Britain pada sekatan kedua tertinggi apabila perintah berkurung berakhir 2 Disember nanti.

Sky News melaporkan Johnson menulis surat kepada anggota parlimen menjelang pengundian terhadap sekatan baharu itu pada Selasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Michael Gove memberi amaran bahawa tanpa sekatan, kebanyakan hospital di Britain akan dibanjiri pesakit COVID-19 dan menggesa Ahli Parlimen menyokong rancangan kerajaan.

Lebih 20 juta rakyat di beberapa wilayah besar di England kini hidup di bawah sekatan COVID-19 paling tinggi.