Exco Kerajaan negeri Kelantan bersetuju untuk menyumbangkan dua bulan gaji mereka bagi menzahirkan rasa simpati ketika wabak COVID-19.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pemotongan gaji itu turut membabitkan beliau sendiri, Timbalan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Dalam persidangan khas ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini, untuk menyumbangkan dua bulan gaji menerusi Tabung Serambi Mekah.

"Selain itu, kerajaan negeri juga turut meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi Pusat Khidmat DUN (PKD)," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi menzahirkan komitmen pimpinan kerajaan untuk meringankan beban rakyat.