Prestasi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memuaskan sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri terutama dalam isu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Bersyarat (PKPB) menyelamatkan negara dari bencana COVID-19.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau menegaskan, rakyat perlu memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada perdana menteri untuk memastikan negara dapat mengatasi semua cabaran dan pembangunan semula.

Malaysia perlu mengekalkan kestabilan politik untuk memulihkan ekonomi. Tumpuan kita mestilah letak pada peningkatan ekonomi dan menjaga kesejahteraan rakyat. Bukan terlibat dalam pertengkaran politik atau menukar kerajaan," katanya semasa sidang langsung di Facebook parti itu pada Jumaat.

Gerakan meninggalkan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Gerakan, yang bertanding di bawah tiket BN dalam pilihan raya umum 2018 tidak memenangi sebarang kerusi.

Parti itu memutuskan untuk keluar dari BN selepas gabungan itu gagal membentuk kerajaan persekutuan dan memilih menjadi parti pembangkang bebas.

Dalam pada itu kata Dominic, pelbagai pencapaian Muhyiddin membuktikan beliau seorang pemimpin yang mengambil berat isu rakyat.

Antara kejayaan kerajaan di bawah Muhyiddin adalah Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA)

LAKSANA ditubuhkan pada 16 Mac lalu bagi memantau pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 2020.

Unit itu bertanggungjawab menyediakan laporan secara berkala berhubung status pelaksanaan dan pencapaian inisiatif berkaitan PRE kepada Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerusikan oleh perdana menteri.