COVID-19: Hanya 0.4 peratus daripada 20,897 kes tergolong dalam Kategori 5

Astro Awani
Ogos 31, 2021 11:20 MYT
Seramai 119 pesakit atau 0.6 peratus berada dalam Kategori 4 yang melibatkan radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen. - Astro AWANI @Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Sejumlah 79 kes atau 0.4 peratus daripada 20,897 kes harian yang dilaporkan hari ini melibatkan Kategori 5 iaitu pesakit kritikal dan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Seramai 119 pesakit atau 0.6 peratus pula berada dalam Kategori 4 yang melibatkan radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen, selain 224 kes (1 peratus) Kategori 3 iaitu mengalami radang paru-paru.

20,897 kes covid-19 hari ini (31 Ogos 2021): - Kategori 5 (kritikal dgn ventilator): 79 kes, 0.4% (84.8% tiada lengkap vaksinasi)

- Kategori 4 (perlu oksigen): 119 kes, 0.6% (55.5% tiada lengkap vaksinasi) - Kategori 3 (radang paru2): 224 kes, 1% (78.6% tiada lengkap vaksinasi) pic.twitter.com/yXbzDHikMH

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 98 peratus atau 20,475 kes pula dalam Kategori 1 dan 2 iaitu pesakit yang tidak bergejala dan bergejala ringan.
Sehingga 30 Ogos 2021, sebanyak 63.6 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa di Malaysia sudah menerima vaksin.
“Secara keseluruhan, 15,371 kes (73.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” jelas KKM.
Sementara, sebanyak 282 kes kematian pada hari ini melibatkan 139 kes di Selangor, 52 kes di Johor, 21 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 15 kes di Sabah, 12 kes di Pulau Pinang, 11 kes di Kedah dan sembilan kes di Kelantan.
Selain itu, tujuh kes kematian dicatat di Pahang, lima kes di Melaka, masing-masing tiga kes di Negeri Sembilan dan Perak, dua kes di Terengganu, serta masing-masing satu kes di Perlis, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Dalam pada itu, sebanyak 22 kluster baharu dilaporkan hari ini dengan 11 darinya merupakan kluster tempat kerja.

Kenyataan Akhbar KPK 31 Ogos 2021 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia https://t.co/mmagyblIF6

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#alat pernafasan #COVID-19 #jangkitan #KKM #Kluster tempat kerja #vaksin #Twitter