COVID-19: Hishammuddin diminta bangkit isu STPM dalam perbincangan bersama UK

Fauzi Suhaimi
April 21, 2020 04:49 MYT
Mohd Radzi berkata, langkah itu dilihat perlu memandangkan peperiksaan STPM diiktiraf oleh CAIE. - Gambar Astro AWANI
Kementerian Pendidikan meminta Kementerian Luar membangkitkan beberapa perkara berkaitan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam konteks pandemik COVID-19 ketika perbincangan bersama wakil kerajaan United Kingdom (UK).
Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, langkah itu perlu dilakukan memandangkan STPM diiktiraf oleh Cambridge Assessment International Education (CAIE).
"Saya mohon agar beliau (Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dapat turut bangkitkan beberapa perkara berkaitan peperiksaan STPM dalam konteks krisis COVID-19.

Saya mohon agar beliau dapat turut bangkitkan beberapa perkara berkaitan peperiksaan STPM dalam konteks krisis COVID-19. Ini memandangkan peperiksaan STPM diiktiraf oleh Cambridge Assessment International Education.

— Radzi Jidin (@RadziJidin) April 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ini memandangkan peperiksaan STPM diiktiraf oleh CAIE," katanya menerusi ciapan di akauan Twitter miliknya pada Selasa.
Terdahulu, Hishammuddin dan Pemangku Perdana Perdana Menteri UK, Dominic Raab membincangkan tiga perkara utama termasuk pendidikan dalam usaha menangani COVID-19 melalui perbualan telefon.
Dalam pada itu, Mohd Radzi turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Hishammuddin yang menunjukkan kesungguhan dalam usaha melestarikan pendidikan negara.
"Bila kita serumpun bak serai, sesusun bak sirih, Insya-Allah banyak yang boleh dicapai," ujarnya.
#COVID-19 #Hishammuddin Hussein #Kementerian Pendidikan #kerajaan #koronavirus #Malaysia #menteri #PENDIDIDKAN #pendidikan #peperiksaan #Perdana Menteri #Twitter #United Kingdom