COVID-19: Hospital Melaka penuh, pesakit dihantar ke MAEPS

Sinar Harian
Januari 10, 2021 02:19 MYT
Hospital Melaka sudah penuh dan tidak mampu lagi menampung jumlah pesakit COVID-19. - Foto fail
AYER KEROH: Semua pesakit COVID-19 yang sedang dikuarantin di Hospital Melaka akan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.
Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata langkah itu diambil kerajaan negeri selepas berlaku kesesakan pesakit di hospital berkenaan sehingga tidak lagi mampu menampung jumlah yang ramai.
Beliau berkata, untuk rekod semalam sahaja seramai 12 pesakit sudah di hantar ke PKRC dan jumlah itu akan meningkat jika berlaku lagi pertambahan kes di negeri ini.
"Hospital Melaka sudah penuh dan tidak mampu lagi menampung jumlah pesakit COVID-19," katanya.
MAEPS sesak? 40 peratus masih kosong
#COVID-19 #Hospital Melaka #penuh #pesakit #Maeps #PKRC #Serdang #Rahmad Mariman #kesesakan