COVID-19: Jangan lagi ke Hospital Umum Sarawak untuk saringan

Nazim Chee
Mac 21, 2020 02:22 MYT
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak dibuka setiap hari bagi ujian saringan COVID-19 - Foto JBSN Sarawak
Orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan saringan COVID-19 perlu ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce mulai hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Bilik Operasi COVID-19, Hospital Umum Sarawak menerusi notis pemberitahuan bertarikh 20 Mac 2020.
Susulan notis itu, HUS kini tidak lagi jadi lokasi untuk saringan COVID-19 dilakukan.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak akan dibuka kepada orang ramai yang ingin membuat saringan bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari.
#COVID-19 #Hospital Umum Sarawak #Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak #koronavirus #Sarawak #saringan