KUALA LUMPUR:Jumlah keseluruhan kes kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia kini mencecah sebanyak 770 kes.

Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 1 Februari, 2021:

1. 4,214 kes baharu COVID-19, dengan jumlah kes keseluruhan sebanyak 219,173 kes.

2. 10 kes kematian baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kini 770 kes.

3. Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini mencecah 48,074 kes.

4. 316 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 137 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5. Kementerian Kesihatan (KKM) sahkan pertambahan 14 kluster baharu.

BACA: COVID-19: 4,214 kes baharu, 10 kematian direkodkan

Data CPRC Kebangsaan