COVID-19: Kadar kebolehjangkitan kekal 0.99, 12 negeri lepasi purata kebangsaan

Hafizi Rosli
November 26, 2021 02:25 MYT
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia pada Khamis kekal 0.99 untuk dua hari berturut-turut. -Gambar fail/BERNAMA
KADAR kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia pada Khamis kekal 0.99 untuk dua hari berturut-turut.
Sebanyak 12 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Berdasarkan infografik yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twitternya, antaranya Labuan (1.19), Putrajaya (1.17), Kuala Lumpur (1.06), Melaka (1.06), Selangor (1.04) dan Pahang (1.03).
Ini diikuti Kedah (1.03), Johor (1.02), Perak (1.02), Pulau Pinang (0.99) serta Sabah (0.99).
Negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan pula ialah Kelantan (0.98), Terengganu (0.99), Negeri Sembilan (0.98), Perlis (0.93) dan Sarawak (0.80).

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 25 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 0.99. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran pic.twitter.com/7aaU1Qjc7N

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#COVID-19 #kadar kebolehjangkitan #R-Naught #Dr Noor Hisham Abdullah