KUALA LUMPUR: Untuk empat hari berturut-turut, kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kekal pada nilai yang sama.

Pada Sabtu, nilai itu kekal berada pada paras 0.86.

Sebanyak 10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Perlis mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.10.

Ini diikuti Putrajaya, Negeri Sembilan,  Kelantan, Terengganu, Melaka, Pahang, Kuala Lumpur, Kedah dan Perak.

Sementara itu, Sarawak, Selangor, Sabah, Johor dan Pulau Pinang catat nilai R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan merekodkan satu kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.