COVID-19: Kadar kebolehjangkitan kekal, Putrajaya tertinggi

Astro Awani
Oktober 4, 2021 23:12 MYT
Tiga negeri mencatatkan kadar purata melebihi 1.00 iaitu Putrajaya, Melaka dan Perlis.
KUALA LUMPUR: Nilai kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kekal mencatatkan angka sama untuk dua hari berturut turut.
Pada Isnin angka itu kekal pada 0.87.
10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Tiga negeri mencatatkan kadar purata melebihi 1.00 iaitu Putrajaya, Melaka dan Perlis.
Ini diikuti Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak, Perak dan Kedah.
Sementara itu, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sabah catat R-naught di bawah purata kebangsaan.
Labuan merekodkan dua kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#COVID-19 #kadar kebolehjangkitan #R-Naught #Putrajaya