COVID-19: Kadar kebolehjangkitan kekal, Sarawak tertinggi

Astro Awani
September 11, 2021 20:20 MYT
Sarawak catat kadar tertinggi dengan 1.15, diikuti Terengganu, Perak, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Perlis dan Kelantan.
KUALA LUMPUR: Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia kembali meningkat selepas menunjukkan trend menurun selama beberapa minggu.
Nilai itu kekal pada kadar 0.99 untuk dua hari berturut-turut.
Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Sarawak catat kadar tertinggi dengan 1.15, diikuti Terengganu, Perak, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Perlis dan Kelantan.
Sementara itu, Melaka, Kedah, Sabah, Putrajaya, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur catat R-naught di bawah purata kebangsaan.
Labuan, yang sudah mencapai imuniti kelompok pula hanya mencatatkan dua kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#COVID-19 #kadar kebolehjangkitan #R-Naught #Sarawak